"...Dimana ada kemahuan, di situ ada jalannya..."

Monday, 26 November 2012

Shooting "The Routine"



"...Menyiapkan projek akhir dalam subjek sinematografi pada tahun 2. Ketika itu, aku kurang sihat dan selama 3minggu aku tidak dapat datang ke kelas. Dalam masa itu juga, projek ini akan membuat penggambaran. Dalam keadaan sakit, Alhamdulillah aku dapat juga membantu ahli kumpulan dalam mencari tempat lokasi untuk mengadakan penggambaran. Ketika sakit, aku tinggal sementara di rumah atok isteri sepupu ku di kawasan santubong..."


                                       



The routine berkisarkan seorang lelaki berusia lewat 20-1n yang bernama Trap dan mempunyai masalah psikologi. Trap sering berhalusinasi sehingga membawa-bawa ke dalam mimpi. Dia menyangka kejadian yang berlaku sebagai nyata tetapi ianya hanyalah sekadar mimpi. Mindanya sering mencipta ilusi atau bayangan yang hanya dia sahaja mengalaminya.



Penggambaran dijalankan selama 2 hari iaitu dari pagi sehingga esok berturut-turut dengan 4 lokasi. Lokasi pertama adalah di rumah, kedua taman, ketiga rumah sewa dan keempat hostel.semasa pengambaran mempunyai pelbagai kerenah dalam ahli kumpulan tetapi kami masih dapat buat banyak lawak sehingga waktu pagi. Masa shooting pun masih lagi main-main..hehe itu salah satu cara nak hilangkan ngantuk.
 






Akhirnya, kami dapat juga menyiapkan projek ini dengan segala usaha kami tanpa tidur dan rehat.




RAINBOW PRODUCTION

Tarikh: 26-27 nov 2012

Lokasi: santubong

Krew: Amir, Catherine, sue, zihah, maghen, azrul