"...Dimana ada kemahuan, di situ ada jalannya..."

Monday 8 December 2014

Biodata

Nama 
Norsuhaila Binti Idrus

Umur
23 Tahun

Asal
Kuantan, Pahang


Assalamualaikum....


 Saya merupakan pelajar daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam program Ijazah Sarjana Muda Sinematografi. Dalam bidang ini, pelbagai projek dan tugasan yang telah saya lakukan. Pelbagai position pernah saya lakukan seperti Director, Script Writer, Art Director (Props & Makeup), D.O.P, Producer. Dalam sinematografi ini, kami perlu belajar dan tahu semua mengenai filem dan menjadi film makers dalam apa jua position. Pelbagai projek yang telah sy hasilkan bersama kawan-kawan dalam pelbagai position tetapi paling banyak position sy adalah sebagai producer.

Kelebihan atau kemahiran saya dalam produksi yang pernah dilakukan adalah sebagai producer. Dalam position lain bukan saya tidak tahu tetapi saya dapati diri saya lebih cenderung ke arah menjadi producer kerana kemahiran saya boleh berkomunikasi dengan orang terutama orang kenamaan atau dalam industri, mencari lokasi dan membuat surat formal. Sebagai producer, kena menguruskan segalanya terutama dalam pre-production seperti membuat prosedur, , recce location, mencari sponsor, budget dan sebagainya dalam production. Jadi, disitu saya mempunyai kelebihan dalam position producer dan selesa dengan position tersebut.

Saya mengharap, kalau ada rezeki selepas habis belajar ini, saya ingin apply bekerja dalam industri sebagai PRODUCER. tetapi sebelum menjadi producer yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang banyak, saya akan mulakan dari bawah menjadi assistant producer pun dah kira ok untuk mencapai matlamat sy pada masa akan datang. INSYALLAH


Monday 30 June 2014

Menjalani Latihan Praktikal di Apparat Sdn Bhd...



Apparat Sdn Bhd bertempat di 11A Jalan Mentakab, Taman Tasik Titiwangsa, Gombak, 53200 Kuala Lumpur sesuai dijadikan sebagai tempat membuat latihan industri kerana banyak kemudahan di tempat tersebut dan diberi pelbagai pendedahan yang boleh dipelajari serta untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang yang diminati. Syarikat tersebut berada di kawasan perumahan banglo dan tidak jauh dari Istana Budaya. Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti meja dan barang-barang kelengkapan yang boleh digunakan ketika membuat kerja. Selain itu, terdapat kemudahan dapur yang boleh digunakan ketika waktu kerja untuk membuat minuman dan makanan.


Selain itu, suasana di tempat kerja itu sangat bagus kerana bukan sahaja dari segi suasana, malah hubungan atau kemesraan anatara rakan kerja sangat baik dan peramah. Walaupun mereka semua kuat bekerja dan sangat fokus dengan kerja tapi hubungan mesra antara satu sama lain sangat peramah dan tidak sombong. Bagi yang pertama datang ke syarikat tersebut, akan rasa tidak kekok kerana layanan mereka sangat bagus. Tambahan pula, mereka tidak kedekut ilmu walaupun kadang-kadang mereka lebih elok meminta kita berusaha sendiri bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau dalam menyiapkan tugas, cuma jangan malu untuk bertanya sekiranya tidak tahu atau kurang faham terhadap sesuatu tugas yang diberikan.





Mereka lebih suka kita bertanya daripada diam sahaja. Waktu kerja bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 7 tapi bergantung pada waktu kerja masing-masing. Macam waktu kerja ketika saya melakukan praktikal di situ, bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 6 petang. Kadang-kadang balik lewat juga tapi itu tidak menjadi masalah kerana boleh menyiapkan tugas, di samping menggelakkan daripada jam. Apparat Sdn Bhd memang berada di tempat yang strategik dengan pelbagai kemudahan seperti pengangkutan bas, LRT, Hospital, kedai dan sebagainya.


Semasa saya menjalani latihan industri di Apparat Sdn Bhd, pelbagai tugasan yang dilakukan sebagai pembantu produksi. Pada hari pertama sampai iaitu pada 30 Jun 2014, saya diberi arahan untuk membantu Nikki dahulu iaitu bahagian kewangan selama 3 hari kerana ketika itu producer iaitu Puan Nandita mempunyai mesyuarat dan sedang sibuk menyiapkan skrip bersama penulis skrip iaitu Amanda. Pelbagai kerja biasa seperti menyusun file kewangan lama dalam kotak mengikut kategori dan tahun, scan dan photostat (resit, check, bayaran dan lain-lain). Selepas itu, saya dan syarikat mempunyai perjumpaan suai kenal antara satu sama lain. Selepas itu, membuat tugasan survey tiket penerbangan Singapore ke Kl (Round Trip). Kemudian, membuat tugasan mencari contoh teaser poster yang boleh dikaitkan dengan filem baru yang akan dihasilkan dan mencari pelbagai contoh game seperti board game, online game, application dan sebagainya yang boleh dijadikan sumber atau boleh dikaitkan dengan filem yang akan dihasilkan.


Disamping itu, saya perlu belajar dan faham tentan FIMI (Domestic Production and Foreign Production). Selain itu, saya juga ada membantu Nikki membuat Petty Cash Template. Kemudian menyediakan surat rasmi “Kebenaran untuk Membuat Tinjauan Lokasi dan Mengadakan Penggambaran Filem Pendek ‘The River’ di Empangan Talang” kepada En. Nor Halim (Pengarah Badan Kawal Selia Air, Negeri Sembilan). Kemudian, membuat surat rasmi kepada MDEC untuk memohon kelulusan atas perubahan peruntukan kos belanjawan syarikat. Saya juga membuat duplicate 20 DVD dokumentari “Fish Listener” dan upload video dokumentari tersebut ke dalam Vimeo. Kemudian, membuat marker script breakdown. Selepas itu membuat master breakdown dan location breakdown yang terdapat dalam skrip tersebut. Kemudian menyediakan lampiran gambar bagi Site Visit to Thai Stunt and Rigging Studio (Baarn Rite Sig Visit). Ketika menjelang hari raya, menguruskan pembelian kad raya dan pos semua kad raya kepada kenalan syarikat dalam dan luar negara.


Sebelum saya habis menjalani latihan industri di Apparat Sdn Bhd iaitu minggu terakhir pada 17, 18 dan 19 September 2014 Apparat Sdn Bhd ada menyertai KL Converge 2014 yang di buat di KLCC dan Mandarin Oriental. Saya turut mengikuti event ini bersama rakan sekerja yang lain. Walaupun pada hari pertama saya ketinggalan untuk pergi ke slot-slot yang telah disediakan dalan event tersebut  tetapi tidak mematahkan semangat saya untuk pergi pada hari tersebut. Program yang dijalankan sangat bagus kerana dari situ pelbagai pendedahan dan ilmu yang dikongsi bersama kepada peserta yang mengikuti. Saya rasa sangat berbaloi dan tidak rugi pergi ke sana dan rasa mahu dengar lagi tetapi waktu pun terhad mengikut jadual yang telah di atur. Terima kasih pada majikan dan Apparat Sdn Bhd kerana sudi mengajak saya untuk mengikuti program ini juga, sangat berbaloi.



Kesimpulannya, Apparat Sdn Bhd memang sesuai dijadikan sebagai tempat menjalani latihan industri kerana bukan sahaja tempat yang selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan tetapi banyak memberi pendedahan dan ilmu kepada kita. Jika untuk mencari tempat membuat latihan industri, saya akan cadangkan pada junior-junior yang seterusnya untuk datang menjalani latihan industri di Apparat Sdn Bhd. Pelbagai kenangan yang tercipta bersama rakan sekerja ketika berada di Apparat Sdn Bhd iaitu keluar makan tengah hari bersama-sama, kerjasama yang diberikan ketika melakukan tugas, beramah-mesra antara satu sama lain tidak akan dilupakan dan sebagainya.